Wednesday, 12 November 2014

Apa Ada Dengan Ilmu Fisiognomi ?

Disetiap Bahagian Wajah Kita
Tuhan Telah Ciptakan Rahsianya Tersendiri.

Wow ! Teruja ? Terkesima ? Pasti anda mahu mengetahui ilmu yang jarang-jarang dipelajari dan diketahui oleh warga Malaysia. Apakah ilmu ini ada sejarahnya tersendiri ? Sudah pasti ada bukan ? Anda perlu mula membuka MINDA dan PERASAAN anda jika anda mahu mempelajari ilmu ini. Walaupun  ilmu ini dari sarjana barat, namun kita boleh mempelajarinya. Yang penting dipelajari dan difahami dengan cara yang betul melalui pakar dalam bidang ini. Selagimana ilmu ini tidak menyalahi syariat Illahi, maka kita boleh mempelajarinya. Bukankah ilmu Allah ini luas ?

Latar Belakang Ilmu Fisiognomi 
Sarjana eropah mempelajari ilmu ini. Pengamatan ilmu ini disebut di dalam 'Kabala', iaitu kepercayaan orang-orang yahudi. Shakespeare, Milton, Dryden dan pengikut falsafah-falsafah mereka mempopularkan teori dan prinsip Fisiognomi.

John Lavater (Abad ke-18)

Pada akhir abad ke-18, John Kaspar Lavater, seorang guru dan juga penggiat seni melakukan kajian untuk membuat pengkelasan terhadap ciri-ciri wajah dan kaitannya dengan kemampuan serta kecenderungan mental seseorang. Buku rujukan terkemuka beliau dalam bidang ini adalah"Essays In Physiognomy"

Buku Rujukan Penting Di Dalam Bidang Fisiognomy
(Essays In Physiognomy) 

Pada abad ke-19, Franz Joseph Gall, membuat teori 'bentuk dan dalaman kontur tengkorak'. Teori ini memberikan petunjuk berkaitan dengan wilayah otak yang hebat dan berpengaruh. Ada 27 titik penting dalam tengkorak  yang mencerminkan perilaku individu.
Franz Joseph Gall, 
(Teori Bentuk & Dalaman Kontur Tengkorak)

27 titik penting dalam tengkorak
cerminkan perilaku individu.

Kemudian, Johann Gasper Spurzheim membuat kajian lanjut dan terperinci berkaitan penemuan oleh Gall dan memperkenalkan istilah "phrenology". Phrenology adalah kajian berkaitan dengan gumpalan dan tonjolan kepala yang amat popular pada abad ke-19.

Spurzheim perkenalkan istilah
"Phrenology"

Kajian Berkaitan Gumpalan & Tonjolan Kepala ,1831 (Phrenology)
Muzium Sains, UK

Pada tahun 1940-an dan 1950-an, William Sheldon, seorang ahli psikologi melakukan kajian berkaitan dengan postur tubuh dan mempunyai kaitan dengan keperibadian diri individu. Beliau mengkaji berkaitan tubuh manusia dan beliau membahagikan jenis tubuh kepada 3 bahagian utama disebut sebagai "Somatotypes".

William Sheldon, Psikologis
(1940-an & 1950-an)

Kajian Oleh William Sheldon
(Sheldon's Somatotype)

1930-an, seorang hakim bernama Edward Jones memerhatikan pola perilaku orang-oranng yang berada di dalam persidangan yang dikendalikan olehnya. Dia amat terkesima dengan pengamatannya dan melakukan penelitian di dalam bidang ini dengan menggunakan hasil penelitian Lavater dan penulis terkemuka lain dalam subjek ini. Dengan prinsip ilmiah yang telah terbukti kukuh, maka Jones memerhatikan 200 ciri wajah yang berbeza, dan kemudian mengecilkannya kepada 68 ciri wajah. Kajiannya meliputi tangan dan bentuk tubuh. Hasil penelitian yang dibuat dan bukti ilmiah yang ditemuinya, maka 92% penemuannya boleh digunapakai bagi menentukan 'profil keperibadian diri seseorang'. 

Sistem yang dihasilkan olehnya menggantikan metod-metod terdahulu berkaitan pengkajian terhadap ciri-ciri manusia. Jones memberikan sumbangan dan nafas baru bagi dunia 'fisiognomi' melalui pendekatan ilmiah terhadap pembacaan wajah. Dia menggunakan ilmu fisiognomi baru dalam proses pemilihan juri, pengembangan keperibadian diri, membaiki hubungan sesama individu, pemahaman terhadap karekter anak-anak, kejurujualan berkesan dan penilaian terhadap kerjaya. Jones membuat analisa bahawa " perbezaan wajah ada kaitan dengan perubahan perasaan".

Edward Jones , seorang hakim yang guna
ilmu fisiognomi untuk memilih juri.

Kemudina, pada satu hari Jones bertemu dengan penyunting surat khabar bernama Robert Whiteside. Jones memberitahu hasil penemuaanya, namun seperti individu lain, Whiteside meraguinya. Satu ketika, Whiteside menjalani sesi kaunseling, dan secara tiba-tiba beliau berubah menjadi seorang pelajar dan pembicara di dalam ilmu fisiognomi. 

Robert Whiteside, penyunting akhbar
yang akhirnya mempelajari ilmu Fisiognomi dan digunakan
di dalam bisnes surat khabar

APA YANG MENYEBABKAN WHITESIDE, INDIVIDU YANG TAK PERCAYA KEABSAHAN ILMU FISIOGNOMI INI AKHIRNYA PERCAYA DAN MELAKUKAN KAJIAN DEMI KAJIAN HINGGA DAPAT MENJELASKAN MENGENAI PERUBAHAN SUASANA HATI SESEORANG DAN KAITANNYA DENGAN WAJAH ?

WHAT DOES YOUR BODY TYPE SAY ABOUT YOUR PERSONALITY ?

Tuesday, 11 November 2014

Selamat Datang Ke Dunia Fisiognomi

Buku berkaitan Ilmu Fisiognomi Dalam Bahasa Arab
by : Dr. Naomi R. Tickle, Master Face Reader

"Mak tengok wajah dia pun, mak dah tahu isi hatinya", 
kata Minah kepada anaknya Leman. 
WOW ! TENGOK WAJAH PUN DAH TAHU ISI HATINYA ?
MASIH INGAT LAGI TOK NENEK KITA BERKATA BERKAITAN 
WAJAH SESEORANG ?

Selamat  datang ke dunia 'pembacaan wajah diri dan perilaku' anda. Pastinya anda tertanya-tanya, apakah itu ilmu Physiognomy ? Apakah anda yang sedang menatap blog ini adalah pertama kali mendengar perkataan 'physiognomy' ? Jika YA, tahniah kepada anda kerana mahu mengetahuinya melalui blog ini serta mempelajarinya melalui CERTIFICATE IN PHYSIOGNOMY- FIRST IN MALAYSIA.

Apa Itu Physiognomy ?
Physiognomy adalah sebuah ilmu pengetahuan berkaitan dengan kajian ilmiah terhadap wajah diri dan kaitan dengan tingkahlaku. Ilmu ini telah berusia sekitar 2,700 tahun. Ilmu ini telah menarik perhatian para ilmuan khususnya dalam bidang psikologi selama bertahun-tahun. Pembacaan wajah pertama kali diketahui dilakukan oleh bangsa Cina bagi mendiagnos penyakit. Kemudian, petunjuk yang diperoleh dari struktur wajah digunakan untuk menentukan jenis keperibadian termasuk juga saat individu itu mencapai puncak kejayaan (potensi diri). Sarjana dari Eropah juga mempelajari fisiognomi. Membaca wajah diri dan orang lain mungkin adalah satu keanehan bagi diri anda, namun ianya mempunyai BUKTI ILMIAH tersendiri.
 
Pada tahun 1930-an, Edward Jones (seorang hakim di Los Angeles), memerhatikan 200 ciri wajah yang berbeza dan kemudian mengecilkannya kepada 60 ciri. Kajiannya dikhususkan kepada tangan dan struktur tubuh. Hasil kajiannya itu maka tercetuslah fisiognomi ‘baru’ dan menjadi pendekatan ilmiah terhadap pembacaan wajah. (Petikan buku You Can Red A Face Like A Book, Naomi R. Tickle, Master Face Reader) http://naomitickle.com/

Apakah MANFAAT mempelajari FISIOGNOMI ?

1-Mengetahui keperibadian diri secara unik.
2-Memperbaiki hubungan diri dengan orang lain.
3-Membangun kerjaya dan kehidupan dengan lebih baik.
4-Membantu diri agar memahami diri dan orang lain.


Siapa MESTI MEMANFAATKAN ilmu ini ?

*Usahawan pelbagai bidang.
*Guru / pendidik yang terlibat mengajar di sekolah/ipt.
*Psikologis / Psikitris / Psikoterapis / Kaunselor / Nlper / Hipnoterapis
*Motivator / trainer / fasilitator
*Perawat alternatif / doktor / jururawat
*Ustaz / Ustazah / Pendakwah / Ibu bapa
*Pelakon / Pengacara …atau
*Kepada mereka yang minat mendalami
bidang psikologi kemanusiaan seperti anda.



Bila Program Certificate In Physiognomy ini diadakan ?
FIRTS IN MALAYSIA

Tarikh : 13 & 14/12/2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 09.00am-06.00pm
Tempat :
Leisure Commerce Square, 
Petaling Jaya, Malaysia 
Nilai Pembelajaran (After Discount) :
RM 1,500 + sarapan pagi, minum petang
modul pembelajaran & sijil pembelajaran.
DEPOSIT BOOKING TEMPAT :
RM 500 
Tenaga Pengajar :
 Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Phd
(Business Forensic Psychology)
(Grand Master Hypnotherapist, IACT-USA)
Kolumnis Majalah Keluarga Ruangan Keselamatan
Pembentang Kertas Kerja HYPNODENTIA,
7th Southern Dental Congress, Johor Bahru
 Expert Panel Di Dalam
Persatuan Pengamal Hipnoterapi Bertauliah Malaysia (AHPM)
Berpengalaman luas lebih 30 tahun dalam dunia Hipnoterapi & NLP
Memiliki Klinik Hipnoterapi berpusat di Petaling Jaya.

JANGAN CEPAT MEMBUAT ANDAIAN TERHADAP ILMU INI SEBELUM ANDA MEMPELAJARI SECARA MENDALAM BERSAMA PAKAR ANDA !

DAFTAR SEKARANG ! TEMPAT TERHAD !
HUBUNGI :
+6019-2044036 (EN QIIM)
+013-4257592 (CIK FAZ)
Emel :
kurtman20@yahoo.com 
 tactitetnc@gmail.com

Read The Face, Personalities, The Nose 
Face Reading -Eyebrows