Ilmu Membaca Wajah Diri (Fisiognomi)
Telah Wujud Sejak 1300 Tahun Dahulu
Pernahkan anda mendengar berkaitan dengan 'Ilmu Membaca Wajah Diri'? Jika ini adalah kali pertama anda mendengarnya, tahniahkan diri anda kerana anda telah memasuki dunia sains karekter diri melalui Ilmu Fisiognomi.
Sepertimana yang saya catatkan di dalam penulisan artikel tempoh hari berkaitan ilmu fisiognomi, iaitu sebuah ilmu pengetahuan ilmiah berkaitan menilai karekter diri melalui penampilan luaran khususnya di bahagian wajah , pasti anda akan mengagumi ciptaan Illahi sekaligus berfikir, "Nikmat Tuhan yang mana satukah aku mahu dustai" ? Nikmat melihat wajah diri sendiri adalah sebesar-besar nikmat yang Allah s.w.t kurniakan keatas diri kita. Syukuri nikmat tersebut mulai sekarang.
3 Negara Berhimpun Untuk Belajar Ilmu Fisiognomi
(Malaysia, Singapura & Indonesia)
Ilmu pembacaan wajah diri telah lama wujud dan menjadi sebahagian besar dari sejarah manusia, Ianya diajar oleh pengamal-pengamal sejarah terdahulu yang mengatakan 'manusia berasal dari haiwan'. Di Cina dan beberapa kebudayaan Asia yang lain, ilmu ini menjadi sebahagian dari Confusianism. Kajian Fisiognomi hanya tertumpu kepada 'pembacaam wajah' sahaja. Ianya tidak menyentuh soal sikap dan tingkahlaku diri. Ianya adalah menjurus kepada 'pembacaan karekter diri' melalui wajah yang dikaji secara ilmiah oleh pakar-pakar fisiognomi barat dan Islam.
- Kitāb al-Jalil fi ‘ilm al-firāsah (MS A 58)
- (An Important Book on the Science of Physiognomy)
- حيان فى علم الفراسه حيان
- by Shams al-Dīn Muḥammad ibn Abī Ṭālib al-Dimashqī (d. 1327 / 727 H)
- (ISLAMIC MEDICAL MANUSCRIPTS AT THE NATIONAL LIBRARY OF MEDICINE)
- http://www.nlm.nih.gov/hmd/arabic/physiognomy3.html
Masihkan anda ingat lagi bahawa Imam Syafie dan Imam Hanafi adalah tokoh ilmuan Islam yang mengamalkan ilmu fisiognomi ? Jika anda masih ingat lagi, tahniahkan diri anda kerana anda mahu mempelajari ilmu ini dengan lebih sistematik dan mengujakan diri anda.
"Jangan gelojoh untuk belajar ilmu ini, nanti tercekek pula"
Dr Ben Fadzil, Pakar Business Forensic Psychology
Expert Panel Hipnoterapi, Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM)
Menurut Dr Ben Fadzil, pakar di dalam bidang Klinikal Hipnoterapi selama 30 tahun menyatakan bahawa ilmu fisiognomi ini dipelajari oleh pelbagai bangsa diseluruh dunia. Bangsa Yahudi mengamalkan ilmu ini berpandukan kepada raut wajah haiwan. Bangsa Cina pula mengamalkannya berpandukan kepada 'patung buddha' dan 'khinzir (Big Fat)'. Manakala , bangsa India mengamalkan ilmu ini berdasarkan kepada raut wajah 'ular cobra' dan 'lembu'. Bagi bangsa Melayu pula, ianya diamalkan oleh orang tua dahulu saat berhubung dengan seseorang. Sebab itu ada kata-kata yang sering terkeluar dari mulut orang tua kita jika kita bercakap tak berhenti-henti iaitu "Mulut kau ni macam mulut burung murai" atau 'Muka kau ni macam muka mak engkau'.
Perbincangan santai bagaimana Fisiognomi
di aplikasi kepelbagaian bidang abad ini.
Bentuk Bibir (Lips & Lip siz)
Bentuk Bibir Melambangkan Karakter Diri Seseorang
Pastinya anda ada bibir bukan ? Saiz bibir anda besar atau kecil ? Jika anda memiliki bibir yang Allah s.w.t anugerahkan dengan saiz yang besar, ianya memberi petunjuk kepada anda bahawa anda adalah insan yang memiliki ciri seperti berikut :-
(1) Talkative and will hardly ever be silent
(2) Suka bercerita (Love story telling).
(3) A great entertainer when in a group
(4) Structured person.
(5) Suka menunjuk arah sesuatu perkara dengan jelas.
(6) Bagus di dalam kerjaya sebagai JURULATIH, COACH dan GURU/PENDIDIK.
Bibir besar dibahagian bawah dan tebal
(Talkative Person)
Bentuk Mulut Sumbing (Semulajadi)
Dari aspek psikologi dan fisiognomi , individu yang mempunyai bentuk mulut sumbing cenderung menghadapi masalah atau cabaran seperti kurang keyakinan diri, ingin membuktikan pada orang lain bahawa dirinya sama seperti orang biasa, sering melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa dia boleh melakukan perkara itu sepertimana orang lain boleh lakukan, ada kala mempunyai pemikiran yang negatif terhadap orang lain, mempunyai keegoaan tersediri tatkala berdepan dengan lawan bicara. Individu ini perlu belajar bagaimana untuk menerima keadaan fizikalnya dengan lebih terbuka dan ianya memberikan kesan jangka panjang di dalam pengurusan kehidupan harian mereka. LIHATLAH KELEBIHAN DIRI BERBANDING KEKURANGAN DIRI. MANUSIA DICIPTA SEMPURNA, TIADA CACAT CELA.
Individu Yang Memiliki Mulut Sumbing
( Keyakinan diri rendah dll)
Hari Pertama Yang Mengujakan.
Seronok belajar berkaitan 'kenali diri di dalam diri'
melalui ilmu Fisiognomi
Ingin menyingkap lagi rahsia wajah diri anda melalui ilmu fisiognomi ? Nantikan bahagian 2 dengan penuh teruja, seronok dan mengagumkan. CIPTAAN ALLAH AMAT SEMPURNA. JAGAINYA AGAR IA MEMBERI MANFAAT BUAT DIRI KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Rujukan:
Manual Pembelajaran Profesional 'Physiognomy", Ben Fadzil Hypnosis/Hypnotherapy School,2015
kurtman20@yahoo.com
No comments:
Post a Comment