Disetiap Bahagian Wajah Kita
Tuhan Telah Ciptakan Rahsianya Tersendiri.
Wow ! Teruja ? Terkesima ? Pasti anda mahu mengetahui ilmu yang jarang-jarang dipelajari dan diketahui oleh warga Malaysia. Apakah ilmu ini ada sejarahnya tersendiri ? Sudah pasti ada bukan ? Anda perlu mula membuka MINDA dan PERASAAN anda jika anda mahu mempelajari ilmu ini. Walaupun ilmu ini dari sarjana barat, namun kita boleh mempelajarinya. Yang penting dipelajari dan difahami dengan cara yang betul melalui pakar dalam bidang ini. Selagimana ilmu ini tidak menyalahi syariat Illahi, maka kita boleh mempelajarinya. Bukankah ilmu Allah ini luas ?
Latar Belakang Ilmu Fisiognomi
Sarjana eropah mempelajari ilmu ini. Pengamatan ilmu ini disebut di dalam 'Kabala', iaitu kepercayaan orang-orang yahudi. Shakespeare, Milton, Dryden dan pengikut falsafah-falsafah mereka mempopularkan teori dan prinsip Fisiognomi.
John Lavater (Abad ke-18)
Pada akhir abad ke-18, John Kaspar Lavater, seorang guru dan juga penggiat seni melakukan kajian untuk membuat pengkelasan terhadap ciri-ciri wajah dan kaitannya dengan kemampuan serta kecenderungan mental seseorang. Buku rujukan terkemuka beliau dalam bidang ini adalah"Essays In Physiognomy"
Buku Rujukan Penting Di Dalam Bidang Fisiognomy
(Essays In Physiognomy)
Pada abad ke-19, Franz Joseph Gall, membuat teori 'bentuk dan dalaman kontur tengkorak'. Teori ini memberikan petunjuk berkaitan dengan wilayah otak yang hebat dan berpengaruh. Ada 27 titik penting dalam tengkorak yang mencerminkan perilaku individu.
Franz Joseph Gall,
(Teori Bentuk & Dalaman Kontur Tengkorak)
27 titik penting dalam tengkorak
cerminkan perilaku individu.
Kemudian, Johann Gasper Spurzheim membuat kajian lanjut dan terperinci berkaitan penemuan oleh Gall dan memperkenalkan istilah "phrenology". Phrenology adalah kajian berkaitan dengan gumpalan dan tonjolan kepala yang amat popular pada abad ke-19.
Spurzheim perkenalkan istilah
"Phrenology"
Kajian Berkaitan Gumpalan & Tonjolan Kepala ,1831 (Phrenology)
Muzium Sains, UK
Pada tahun 1940-an dan 1950-an, William Sheldon, seorang ahli psikologi melakukan kajian berkaitan dengan postur tubuh dan mempunyai kaitan dengan keperibadian diri individu. Beliau mengkaji berkaitan tubuh manusia dan beliau membahagikan jenis tubuh kepada 3 bahagian utama disebut sebagai "Somatotypes".
William Sheldon, Psikologis
(1940-an & 1950-an)
Kajian Oleh William Sheldon
(Sheldon's Somatotype)
1930-an, seorang hakim bernama Edward Jones memerhatikan pola perilaku orang-oranng yang berada di dalam persidangan yang dikendalikan olehnya. Dia amat terkesima dengan pengamatannya dan melakukan penelitian di dalam bidang ini dengan menggunakan hasil penelitian Lavater dan penulis terkemuka lain dalam subjek ini. Dengan prinsip ilmiah yang telah terbukti kukuh, maka Jones memerhatikan 200 ciri wajah yang berbeza, dan kemudian mengecilkannya kepada 68 ciri wajah. Kajiannya meliputi tangan dan bentuk tubuh. Hasil penelitian yang dibuat dan bukti ilmiah yang ditemuinya, maka 92% penemuannya boleh digunapakai bagi menentukan 'profil keperibadian diri seseorang'.
Sistem yang dihasilkan olehnya menggantikan metod-metod terdahulu berkaitan pengkajian terhadap ciri-ciri manusia. Jones memberikan sumbangan dan nafas baru bagi dunia 'fisiognomi' melalui pendekatan ilmiah terhadap pembacaan wajah. Dia menggunakan ilmu fisiognomi baru dalam proses pemilihan juri, pengembangan keperibadian diri, membaiki hubungan sesama individu, pemahaman terhadap karekter anak-anak, kejurujualan berkesan dan penilaian terhadap kerjaya. Jones membuat analisa bahawa " perbezaan wajah ada kaitan dengan perubahan perasaan".
Edward Jones , seorang hakim yang guna
ilmu fisiognomi untuk memilih juri.
Kemudina, pada satu hari Jones bertemu dengan penyunting surat khabar bernama Robert Whiteside. Jones memberitahu hasil penemuaanya, namun seperti individu lain, Whiteside meraguinya. Satu ketika, Whiteside menjalani sesi kaunseling, dan secara tiba-tiba beliau berubah menjadi seorang pelajar dan pembicara di dalam ilmu fisiognomi.
Robert Whiteside, penyunting akhbar
yang akhirnya mempelajari ilmu Fisiognomi dan digunakan
di dalam bisnes surat khabar
APA YANG MENYEBABKAN WHITESIDE, INDIVIDU YANG TAK PERCAYA KEABSAHAN ILMU FISIOGNOMI INI AKHIRNYA PERCAYA DAN MELAKUKAN KAJIAN DEMI KAJIAN HINGGA DAPAT MENJELASKAN MENGENAI PERUBAHAN SUASANA HATI SESEORANG DAN KAITANNYA DENGAN WAJAH ?
WHAT DOES YOUR BODY TYPE SAY ABOUT YOUR PERSONALITY ?
No comments:
Post a Comment