Maha Suci Allah Yang Menciptakan Keunikan Wajah Diri Seseorang
Hai, salam sukses untuk semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog yang memberi manfaat pada diri anda. Dari kita sembang benda yang tak berfaedah, mai sembang benda yang bermanfaat.
Anda pastinya sudah membaca artikel sebelumnya bukan ? Bagus. Nak sambung lagi pembacaan atau bagaimana ? Pasti anda mahu sambung membacanya kan?
Anda pernah dengar orang kata pada anda, 'wajah kau ni seiras dengan mak kau' atau anda pernah bertanya pada diri anda, 'kenapa wajah aku tak serupa dengan orang lain ?'. Jika anda pernah bertanya atau terdengar soalan ini, jawapannya mudah sekali. Jika wajah anda serupa dengan orang lain, dimanakah keunikkan ciptaan illahi ?
Sebab itu Allah jadikan wajah kita pelbagai bentuk. Untuk apa ? Ada rahsianya. Rahsianya diungkap melalui ILMU SAINS PEMBACAAN WAJAH iaitu Fisiognomi.
Apakah ilmu sains pembacaan wajah ini ada disebut dan digolongkan oleh cendiakawan Islam terdahulu ?
Tokoh Ilmuan Islam (Al-Farabi)
Setiap ilmu yang Allah berikan itu ada pembuktian ilmiahnya. Melalui artikel yang ditulis oleh Dr Syamsuddin, Center Of Advance Studies Of Islam, Science & Civilisation (UTM KL), beliau mencatatkan bahawa Al-Farabi, mengelompokkan sains menjadi 5 kelompok iaitu :-
(1) Sains bahasa/linguistik ('ilm al-lisan)
(2) Sains logika ('ilm mantiq)
(3) Matematika ('ilm l-ta'lim)
(4) Sains Fizik dan Metafizik ( ('ilm al-tabi'i wa al 'ilm ilahiy)
(5) Sains Politik ('ilm al-madani)
Di mana tergolongnya ilmu Fisiognomi ?
Ibnu Sina Yang Mengelaskan Ilmu Fisiognomi Di Dalam Sains Alamiah Akibat
Sumbangan Ibnu Sina di dalam ilmu pengetahuan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Ibnu Sina memilih lebih jauh membahaskan tentang sains alamiah dan menjadikan 2 kelompok iaitu :-
(1) Sains Prinsip
(2) Sains Akibat
Sains Alamiah Akibat terdiri :-
(1) Ilmu kedoktoran {'ilm al-tibb)
(2) Astrology ('ilm ahkam al-nujum)
(3) Fisiognomi ( 'ilm al-firasah)
(4) Oniromancy ('ilm al-ta'bir)
(5) Sains Ajimat ('ilm al-talisman)
(6) Sains Sulap ( 'ilm al-niranjiyyat) ; dan
(7) Al-kimia ('ilm al-kimiya)
Ini memberi erti bahawa ilmu Fisiognomi digolongkan oleh Ibnu Sina di dalam Ilmu Sains Alamiah Akibat. Ingin tahu berkaitan ilmu sains alamiah akibat, miliki buku tulisan Ibnu Sina yang membahas berkaitan ilmu ini.
Berhati-hati dengan firasat orang beriman
Sekarang, bagaimana dengan fikiran anda ? Apakah anda percaya bahawa ilmu ini ada dibahaskan di dalam Islam ? Walaupun ilmuan barat juga mengutarakan berkaitan ilmu ini, pastinya mereka juga membuat kajian terperinci berkaitan ilmu fisiognomi dari ilmuan Islam terdahulu.
Maka, sudah pasti bahagian wajah kita ini memiliki rahsianya tersendiri dan di dalam Islam disebut sebagai 'ilm al-firasah'. Ini bertepatan dengan hadis yang menyebut berkaitan dengan firasat orang beriman.
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmidzi dengan sanad lemah ,dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).Beberapa ayat Al Qur’an yang menyentuh masalah firasat tersebut, di antaranya adalah firman ALLAH:
إن في ذلك لآيات للمتوسمين
“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).
Sebagaimana firman ALLAH:
ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم
“Sekiranya
Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu
benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).
ALLAH juga berfirman :
يحسبهم الجاهل أغنياء من التعفف تعرفهم بسيماهم
“Orang – orang
yang bodoh menyangka mereka adalah orang kaya, kerana mereka memelihara
diri dari meminta- minta, kamu mengetahui mereka dengan tanda-
tandanya.“ (Surah Al Baqarah: 273).
Walaupun hadis di atas sanadnya lemah, namun makna dan ertinya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hal yang membuktikan bahawa orang yang beriman mampu memandang sesuatu dengan tepat dan benar kerana ALLAH memberikan kekuatan tersebut kepada orang yang beriman kepada-Nya, yang mana hal itu tidak diberikan kepada orang lain.
Maka, beruntunglah anda yang memiliki, mempelajari serta mempraktiskan ilmu ini untuk kegunaan dipelbagai bidang masa kini. ILMU ALLAH itu LUAS & BERNILAI TINGGI. Selamat belajar.
"FISIOGNOMI TERMASUK DI DALAM CABANG ILMU PSIKOLOGI"
No comments:
Post a Comment