Wednesday, 24 December 2014

Rahsia Wajah Diri (Bahagian 2)

Hanya Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui Rahsia Dijadikan
Pelbagai Jenis Tengkorak & Kesesuaiannya Dengan Wajah Diri Manusia.

Salam sukses buat diri anda semua. Alhamdulillah, baru sempat saya memasukkan artikel Rahsia Wajah Diri (Bahagian 2) buat tatapan kalian semua. Setelah hampir seminggu lebih saya 'agak sibuk' dengan urusan latihan sumber daya manusia (SDM) dan juga urusan keluarga, maka hari ini saya kembali untuk menulis berkaitan dengan ilmu fisiognomi.

Baru-baru ini, saya berkesempatan duduk disebelah 'seorang individu' yang mempunyai 'Straight Forehead' di  dalam sebuah ERT menuju ke Klia2. Saya memandang wajah beliau dengan rasa hormat sambil senyum kepada beliau. Namun, reaksi balasnya agak 'lambat'. Bagi saya, ianya tidak mengapa kerana melalui pengamalan dan pengamatan di dalam ilmu fisiognomi, di wajahnya menunjukkan cara dia menimbal balas saat berinteraksi dengan kita.

Perjalanan Ke Sabah Baru-Baru Ini Menjadikan Saya
Seorang Yang SUAL (Shut Up & Listen) 
Bila Berinteraksi Dengan Masyarakat
Di Majlis Kenduri Kahwin Tersebut
 
Maka, jika anda bertembung dengan individu yang memiliki 'Dahi Berbentuk Straight Forehead', apakah yang anda perlu tahu ? Bagaimana untuk berhubung dengan individu jenis dahi 'straight forehead' ?
 Bentuk Dahi Straight Forehead

Ciri-Ciri Individu Yang Memiliki Bentuk Dahi Straight Forehead melalui pengamalan fisiognomi menunjukkan :-
(1) Seorang pemikir yang progresif.
(2) Mempunyai gaya berfikir yang sistematik.
(3) Agak perlahan dalam memberikan maklumbalas ketika berkomunikasi.
(4) Bukan seorang 'sports person'
(5) Tak boleh bekerja di dalam tekanan.
(6) Adakala suka 'komplen'.
(7) Menjadi seorang yang bijak. (Dalam konteks tertentu).

Setelah mengetahui serba ringkas akan karakter diri individu seperti ini, maka bersembanglah dengan topik yang membawa kepada 'pemikiran' yang 'sistematik'. Elak daripada bersembang berkaitan dengan dunia sukan. Berkemungkinan besar, individu ini akan mengalihkan topik perbualannya kepada isu yang lain. Selamat Beramal !

Sesi Latihan Fisiognomi Di Bimbing Oleh 
Dr Ben, Expert Panel 
Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM)

Profesional Clinical Hypnotherapist Dari Singapura
Gold Master Trainer NLP Dari Indonesia
Auditor Dari Selangor, Malaysia
Profesional Clinical Hypnotherapist Dari Kuantan, Pahang

Profesional Clinical Hypnotherapist Dari Kuala Lumpur, Malaysia
 Profesional Kerotherapist Dari Singapura
Jurutera Dari Singapura

Profesional Clinical Hypnotherapist Dari Selangor, Malaysia
 Profesional Clinical Hypnotherapist Dari Selangor, Malaysia
 Profesional Clinical Hypnotherapist Dari Selangor, Malaysia
 Wow ! Sungguh Mengujakan.

BERTEMU PADA KELAS FISIOGNOMI (ADVANCE) 2015.

UNTUK KELAS BATCH KE-2 FISIOGNOMI, 
BERTEMU PADA 2016.

Saturday, 13 December 2014

Rahsia Wajah Diri (Bahagian 1)

Ilmu Membaca Wajah Diri (Fisiognomi) 
Telah Wujud Sejak 1300 Tahun Dahulu

Pernahkan anda mendengar berkaitan dengan 'Ilmu Membaca Wajah Diri'? Jika ini adalah kali pertama anda mendengarnya, tahniahkan diri anda kerana anda telah memasuki dunia sains karekter diri melalui Ilmu Fisiognomi. 

Sepertimana yang saya catatkan di dalam penulisan artikel tempoh hari berkaitan ilmu fisiognomi, iaitu sebuah ilmu pengetahuan ilmiah berkaitan menilai karekter diri melalui penampilan luaran khususnya di bahagian wajah , pasti anda akan mengagumi ciptaan Illahi sekaligus berfikir, "Nikmat Tuhan yang mana satukah aku mahu dustai" ? Nikmat melihat wajah diri sendiri adalah sebesar-besar nikmat yang Allah s.w.t kurniakan keatas diri kita. Syukuri nikmat tersebut mulai sekarang. 

 3 Negara Berhimpun Untuk Belajar Ilmu Fisiognomi
(Malaysia, Singapura & Indonesia)

Ilmu pembacaan wajah diri telah lama wujud  dan menjadi sebahagian besar dari sejarah manusia, Ianya diajar oleh pengamal-pengamal sejarah terdahulu yang mengatakan 'manusia berasal dari haiwan'. Di Cina dan beberapa kebudayaan Asia yang lain,  ilmu ini menjadi sebahagian dari Confusianism. Kajian Fisiognomi hanya tertumpu kepada 'pembacaam wajah' sahaja. Ianya tidak menyentuh soal sikap dan tingkahlaku diri. Ianya adalah menjurus kepada 'pembacaan karekter diri' melalui wajah yang dikaji secara ilmiah oleh pakar-pakar fisiognomi barat dan Islam. 

Kitāb al-Jalil fi ‘ilm al-firāsah   (MS A 58)
(An Important Book on the Science of Physiognomy)
حيان فى علم الفراسه حيان
by Shams al-Dīn Muammad ibn Abī ālib al-Dimashqī (d. 1327 / 727 H)
(ISLAMIC MEDICAL MANUSCRIPTS AT THE NATIONAL LIBRARY OF MEDICINE)
http://www.nlm.nih.gov/hmd/arabic/physiognomy3.html 
Masihkan anda ingat lagi bahawa Imam Syafie dan Imam Hanafi adalah tokoh ilmuan Islam yang mengamalkan ilmu fisiognomi ? Jika anda masih ingat lagi, tahniahkan diri anda kerana anda  mahu mempelajari ilmu ini dengan lebih sistematik dan mengujakan diri anda.


"Jangan gelojoh untuk belajar ilmu ini, nanti tercekek pula"
Dr Ben Fadzil, Pakar Business Forensic Psychology 
Expert Panel Hipnoterapi, Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM)

Menurut Dr Ben Fadzil, pakar di dalam bidang Klinikal Hipnoterapi selama 30 tahun menyatakan bahawa ilmu fisiognomi ini dipelajari oleh pelbagai bangsa diseluruh dunia. Bangsa Yahudi mengamalkan ilmu ini berpandukan kepada raut wajah haiwan. Bangsa Cina pula mengamalkannya berpandukan kepada 'patung buddha' dan 'khinzir (Big Fat)'. Manakala , bangsa India mengamalkan ilmu ini berdasarkan kepada raut wajah 'ular cobra' dan 'lembu'. Bagi bangsa Melayu pula, ianya diamalkan oleh orang tua dahulu saat berhubung dengan seseorang. Sebab itu ada kata-kata yang sering terkeluar dari mulut orang tua kita jika kita bercakap tak berhenti-henti iaitu "Mulut kau ni macam mulut burung murai" atau  'Muka kau ni macam muka mak engkau'.

Perbincangan santai bagaimana Fisiognomi
di aplikasi kepelbagaian bidang abad ini.

Bentuk Bibir (Lips & Lip siz)

 Bentuk Bibir Melambangkan Karakter Diri Seseorang

Pastinya anda ada bibir bukan ? Saiz bibir anda besar atau kecil ? Jika anda memiliki bibir yang Allah s.w.t anugerahkan dengan saiz yang besar, ianya memberi petunjuk kepada anda bahawa anda adalah insan yang memiliki ciri seperti berikut :-
(1) Talkative and will hardly ever be silent
(2) Suka bercerita (Love story telling).
(3) A great entertainer when in a group
(4) Structured person.
(5) Suka menunjuk arah sesuatu perkara dengan jelas.
(6) Bagus di dalam kerjaya sebagai JURULATIH, COACH dan GURU/PENDIDIK.

Bibir besar dibahagian bawah dan tebal
(Talkative Person)
Bentuk Mulut Sumbing (Semulajadi)
Dari aspek psikologi dan fisiognomi , individu yang mempunyai bentuk mulut sumbing cenderung menghadapi masalah atau cabaran seperti kurang keyakinan diri, ingin membuktikan pada orang lain bahawa dirinya sama seperti orang biasa, sering melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa dia boleh melakukan perkara itu sepertimana orang lain boleh lakukan, ada kala mempunyai pemikiran yang negatif terhadap orang lain, mempunyai keegoaan tersediri tatkala berdepan dengan lawan bicara. Individu ini perlu belajar bagaimana untuk menerima keadaan fizikalnya dengan lebih terbuka dan ianya memberikan kesan jangka panjang di dalam pengurusan kehidupan harian mereka. LIHATLAH KELEBIHAN DIRI BERBANDING KEKURANGAN DIRI. MANUSIA DICIPTA SEMPURNA, TIADA CACAT CELA.

Individu Yang Memiliki Mulut Sumbing
( Keyakinan diri rendah dll)

 Hari Pertama Yang Mengujakan.
Seronok belajar berkaitan 'kenali diri di dalam diri' 
melalui ilmu Fisiognomi

Ingin menyingkap lagi rahsia wajah diri anda melalui ilmu fisiognomi ? Nantikan bahagian 2 dengan penuh teruja, seronok dan mengagumkan. CIPTAAN ALLAH AMAT SEMPURNA. JAGAINYA AGAR IA MEMBERI MANFAAT BUAT DIRI KITA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Rujukan:
Manual Pembelajaran Profesional 'Physiognomy", Ben Fadzil Hypnosis/Hypnotherapy School,2015

kurtman20@yahoo.com

Saturday, 22 November 2014

Ilmuan Islam Belajar Ilmu Fisiognomi ?

Imam Syafie Belajar Ilmu Fisiognomi (Al-Firasah)
Dengan Maulana Arif, Pakar Fisiognomi Di Yaman

Salam sukses buat anda semua. Apakah anda sudah membaca artikel yang saya tulis tempoh hari ? Bagi yang sudah membacanya, tahniah kerana anda mahu menambah ilmu pengetahuan di dalam dunia sains tingkahlaku manusia. Adalah lebih baik anda mendalaminya melalui kelas-kelas yang ditawarkan oleh pakar profesional di dalam bidang ini. Ianya memberi 1000 manfaat di dalam kehidupan harian anda.

Mungkin anda tertanya-tanya pada diri anda, apakah ilmu fisognomi ini adalah ilmu 'telek menelek' ? Ilmu 'teka meneka' tentang diri seseorang ? Ilmu nujum pak belalang ke ? Jika ada dikalangan pembaca di blog ini membuat andaian seperti diatas, saya memaafkan anda kerana anda tidak mempunyai 'maklumat dan pembelajaran' yang 'terkini' dan 'ilmiah' dari pakar-pakar bertauliah bagi membahasakan ilmu ini. Kerana apa ? kerana ilmu ini amat TINGGI NILAINYA bagi mereka yang mengetahui di dalam dunia PERNIAGAAN, PEMBANGUNAN SUMBER DAYA MANUSIA, PEMILIHAN PEKERJA DI ORGANISASI , KAUNSELING, PSIKOLOGI, KEDOKTORAN dan sebagainya.

Tahukan anda bahawa tokoh ilmuan Islam seperti Imam As-Syafie mempelajari dan memiliki kepakaran di dalam bidang Fisiognomi ('ilm Al-Firasah) ?

Diceritakan bahawa, Imam Syafie menjelajah ke seluruh Negeri Yaman untuk menimba ilmu. Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal di Yaman iaitu Mattaf bin Mazin al-Sana'ani, Amru bin Musallamah dan Hisham bin Yusof, Kadi Sana'i


Negeri Yemen
(Kawasan Pembelajaran Imam As-Syafie)

Namun, Imam Syafie masih berasa belum berpuas hati kerana kebanyakan ilmu yang dipelajari dengan ulama-ulama Yaman sudah pernah dipelajarinya sebelum itu. Oleh itu Imam Syafie berusaha meluaskan lagi ilmunya dengan mempelajari ilmu kedoktoran dan ilmu hisab
 
Maulana Arif : “Mahukah kamu mempelajari ilmu firasat?”
Imam Syafie : "Boleh juga sekiranya tidak bercanggah dengan agama Islam".
Maulana Arif : "Percayalah, kamu tidak rugi apabiIa mempelajarinya.” Akhirnya Maulana Arif berjaya memujuk Imam Syafie.

Selepas tamat mempelajari ilmu firasat, Imam Syafie memohon daripada gurunya untuk pulang ke Sana'a. Gurunya berpesan supaya berhati·hati apabila berkawan dengan orang yang cacat sebelah matanya, orang yang tempang ataupun terdapat apa-apa kecacatan pada tubuhnya.

"Sekiranya berkawan dengan orang seperti itu pasti menyusahkan serta menyukarkan kamu,” pesan gurunya.

Semasa dalam perjalanan pulang, Imam Syafie singgah di sebuah perkampungan lalu bertemu seorang lelaki yang kedua-dua matanya berwarna merah dan juling. Dahinya agak terbonjol.


“Lelaki ini tentu buruk perangainya seperti yang dipesan oleh guru,” bisik hati Imam Svafie.
 http://pts.com.my/artikel/ilmu-firasat-imam-syafie/

Allah Menciptakan Dahi Manusia Dengan Pelbagai Bentuk. 
Disebalik Bentuk Tersebut, Tersirat Seribu Makna Yang Dikaji
Oleh Ilmuan Islam & Barat

Maha suci Allah yang memberikan ilmu ini kepada Imam Syafie. Maha Suci Allah, yang menggerakkan hati kita untuk belajar ilmu ini . Kerana apa ? Kerana banyak manfaatnya sepertimana yang diberitahu oleh Maulana Arif kepada muridnya, Imam Syafie.  

Rahsia mengenal diri seseorang 'melalui wajahnya' telah diungkap di zaman keagungan Islam. Ini membuktikan bahawa ilmu mengenal wajah diri seseorang yang dikaji oleh sarjana-sarjana barat mempunyai 'bukti ilmiah' yang 'kukuh' dan boleh digunapakai tatkala berhubung dengan seseorang. 

Apa yang menyebabkan para ilmuan Islam sepertimana Imam Syafie belajar ilmu seperti ini ? 

Sebabnya mudah sahaja. Para ilmuan Islam belajar ilmu ini bagi memudahkan 'proses dakwah dan penyebaran ilmu Islam' dapat diterima oleh masyarakat atau golongan sasar. Mana mungkin seorang guru mahu menurunkan ilmunya kepada sebarangan orang, jika tidak dikaji 'tingkahlaku', 'tutur bicaranya' dan juga 'amalannya'.  Ini adalah salah satu 'tools' yang digunapakai oleh ilmuan Islam tatkala bertemu dengan orang yang nak diseru ('mad'u") kearah kebaikan.

Maka, jika  Imam Syafie pun belajar ilmu seperti ini, bagaimana pula dengan kita ? Imam Syafie  dibekalkan kewangan oleh Al-Malik untuk keperluan menuntut ilmu, kita pula macamana ?

INGATLAH KATA-KATA IMAM SYAFIE TATKALA MAHU BELAJAR ILMU FISIOGNOMI [I'LM AL-FIRASAH]
 "Boleh juga sekiranya tidak bercanggah dengan agama Islam".


SELAMAT MENIMBA ILMU.
Wallahu 'alam.

Friday, 14 November 2014

Sains Ilmu Wajah ?

Maha Suci Allah Yang Menciptakan Keunikan Wajah Diri Seseorang

Hai, salam sukses untuk semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog yang memberi manfaat pada diri anda. Dari kita sembang benda yang tak berfaedah, mai sembang benda yang bermanfaat.

Anda pastinya sudah membaca artikel sebelumnya bukan ? Bagus. Nak sambung lagi pembacaan atau bagaimana ? Pasti anda mahu sambung membacanya kan?

Anda pernah dengar orang kata pada anda, 'wajah kau ni seiras dengan mak kau' atau anda pernah bertanya pada diri anda, 'kenapa wajah aku tak serupa dengan orang lain ?'. Jika anda pernah bertanya atau terdengar soalan ini, jawapannya mudah sekali. Jika wajah anda serupa dengan orang lain, dimanakah keunikkan ciptaan illahi ?  

Sebab itu Allah jadikan wajah kita pelbagai bentuk. Untuk apa ? Ada rahsianya. Rahsianya diungkap melalui ILMU SAINS PEMBACAAN WAJAH iaitu Fisiognomi. 

Apakah ilmu sains pembacaan wajah ini ada disebut dan digolongkan oleh cendiakawan Islam terdahulu ?

Tokoh Ilmuan Islam (Al-Farabi)

Setiap ilmu yang Allah berikan itu ada pembuktian ilmiahnya. Melalui artikel yang ditulis oleh Dr Syamsuddin, Center Of  Advance Studies Of Islam,  Science & Civilisation (UTM KL), beliau mencatatkan bahawa Al-Farabi, mengelompokkan sains menjadi 5 kelompok iaitu :-
(1) Sains bahasa/linguistik ('ilm al-lisan)
(2) Sains logika ('ilm mantiq)
(3) Matematika ('ilm l-ta'lim)
(4) Sains Fizik dan Metafizik ( ('ilm al-tabi'i wa al  'ilm ilahiy)
(5) Sains Politik ('ilm al-madani)

Di mana tergolongnya ilmu Fisiognomi ?

Ibnu Sina Yang Mengelaskan Ilmu Fisiognomi Di Dalam Sains Alamiah Akibat
Sumbangan Ibnu Sina di dalam ilmu pengetahuan Islam tidak dapat dinafikan lagi. Ibnu Sina memilih lebih jauh membahaskan tentang sains alamiah dan menjadikan 2 kelompok iaitu :-
(1) Sains Prinsip
(2) Sains Akibat

Sains Alamiah Akibat terdiri :-
(1) Ilmu kedoktoran {'ilm al-tibb)
(2) Astrology ('ilm ahkam al-nujum)
(3) Fisiognomi ( 'ilm al-firasah)
(4) Oniromancy ('ilm al-ta'bir)
(5) Sains Ajimat ('ilm al-talisman)
(6) Sains Sulap ( 'ilm al-niranjiyyat) ; dan
(7) Al-kimia ('ilm al-kimiya)

Ini memberi erti bahawa ilmu  Fisiognomi digolongkan oleh Ibnu Sina di dalam Ilmu Sains Alamiah Akibat. Ingin tahu berkaitan ilmu sains alamiah akibat, miliki buku tulisan Ibnu Sina yang membahas berkaitan ilmu ini.

Berhati-hati dengan firasat orang beriman

Sekarang, bagaimana dengan fikiran anda ? Apakah anda percaya bahawa ilmu ini ada dibahaskan di dalam Islam ? Walaupun ilmuan barat juga mengutarakan berkaitan ilmu ini, pastinya mereka juga membuat kajian terperinci berkaitan ilmu fisiognomi dari ilmuan Islam terdahulu. 

Maka, sudah pasti bahagian wajah kita ini memiliki rahsianya tersendiri dan di dalam Islam disebut sebagai 'ilm al-firasah'. Ini bertepatan dengan hadis yang menyebut berkaitan dengan firasat orang beriman.

اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah (hati- hatilah) dengan firasat orang yang beriman, sesungguhnya dia melihat dengan cahaya ALLAH. “
(HR Tirmidzi dengan sanad lemah ,dalam Al Sunan, Kitab : Tafsir, Bab : Tafsir surat Al Hijr (hadis 3127).

Beberapa ayat Al Qur’an yang menyentuh masalah firasat tersebut, di antaranya adalah firman ALLAH:
إن في ذلك لآيات للمتوسمين
“ Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat tanda- tanda bagi orang – orang yang “ Al Mutawassimin “
(Surah Al Hijr: 75).

Al Mutawasimin menurut pengertian ulama adalah orang-orang yang mempunyai firasat, yaitu mereka yang mampu mengetahui suatu hal dengan mempelajari tanda-tandanya.

Sebagaimana firman ALLAH:
ولو نشاء لأريناكهم فلعرفتهم بسيماهم
“Sekiranya Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar- benar mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“
(Surah Muhammad: 30).
ALLAH juga berfirman :
يحسبهم الجاهل أغنياء من التعفف تعرفهم بسيماهم
“Orang – orang yang bodoh menyangka mereka adalah orang kaya, kerana mereka memelihara diri dari meminta- minta, kamu mengetahui mereka dengan tanda- tandanya.“ (Surah Al Baqarah: 273).

Walaupun hadis di atas sanadnya lemah, namun makna dan ertinya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hal yang membuktikan bahawa orang yang beriman mampu memandang sesuatu dengan tepat dan benar kerana ALLAH memberikan kekuatan tersebut kepada orang yang beriman kepada-Nya, yang mana hal itu tidak diberikan kepada orang lain.

Maka, beruntunglah anda yang memiliki, mempelajari serta mempraktiskan ilmu ini untuk kegunaan dipelbagai bidang masa kini. ILMU ALLAH itu LUAS & BERNILAI TINGGI. Selamat belajar.

"FISIOGNOMI TERMASUK DI DALAM CABANG ILMU PSIKOLOGI"